EKO-PELANCONGAN

Selain  merupakan sebuah perkampungan nelayan, Kampung Telaga Air juga terkenal dengan aktiviti eko-pelancongan. Antara tempat menarik yang boleh dikunjungi termasuklah Pusat Hidupan Liar Matang @ Taman Negara Kubah dan Pulau Satang.
 
Taman Negara Kubah merupakan salah sebuah Taman Negara di bawah pengurusan Sarawak Forestry Corporation yang meliputi kawasan Banjaran Matang di mana Gunung Serapi ialah puncaknya yang tertinggi. Di Taman Negara ini, terdapat Pusat Hidupan Liar Matang yang menempatkan haiwan seperti buaya, musang civet, beruang matahari, orang utan, rusa, siamang, binturong, landak dan sebagainya. Pusat Hidupan Liar Matang ini dijadikan tempat kurungan ideal untuk haiwan-haiwan ini, di mana ianya seperti habitat asal bagi haiwan-haiwan ini. Taman Negara ini turut menyediakan tempat penginapan untuk para pengunjung.
 
 
 
Pulau Satang pula terletak kira-kira 30 minit perjalanan menaiki bot. Kampung Telaga Air merupakan salah satu pelabuhan bagi bot yang membawa pengunjung ke Pulau Satang. Pulau Satang merupakan sebuah pulau yang terpeliharan ekoran peranannya sebagai sebuah pusat penetasan telur penyu. Walaupun keadaan di pulau ini tidak semewah puau-pulau lain di Malaysia, para pengunjung dapat menikmat keindahan alam dan mempelajari tentang flora dan fauna. Selain itu, para pengunjung juga dapat menjalankan aktiviti-aktiviti seperti jungle trekking dan snorkelling.
 
 
Pulau Satang

Pusat Penetasan Telur Penyu

 
 
 
 
 
Sumber Info: PI1M Kg Telaga Air


 

No comments:

Post a Comment