Pada akhir tahun
1978, sejarah bermula
dari ketua tiga
buah kampong persisiran
pantai iaitu Ketua
kaum Sapuan Oya
mewakili Kampung Trombol,
Encik Mahli bin
Sadam mewakili Kampung
Sibu Laut dan
Tuan Hj. Noh
bin Hassim mewakili
Kampung Santin dengan
mencetuskan idea untuk
meneroka sebuah kawasan
hutan simpanan kerajaan.
Mereka berbincang dan
membuat keputusan serta
nekad untuk membuka
sebuah Kampung Baru
di kawasan Matang
Air.
Tebingan Sungai Telaga Air
Istilah masyarakat
Matang membawa maksud
kawasan hutan tua
atau tebal yang
terletak di pinggir
sungai. Kawasan ini
jarang disinggahi oleh
manusia kerana ia
terkenal dengan mitos
yang menyatakan kawasan
tersebut berhantu. Tambahan
pula lokasinya memangku
kuala di antara
Kampung Trombol dan
Kampung Sibu Laut.
Lagipun terdapat banyak
kepercayaan yang dikatakan
oleh orang tua
dahulu kala yang
menyatakan jika sesiapa
memasuki kawasan tersebut
( Matang Air
) berkemungkinan besar tidak
akan kembali ke
rumah sama ada
hidup atau mati.
Warlah -wa’alam.
Pada tahun 1979, segala
rasa ketakutan dapat
diatasi dengan mengamalkan
petua iaitu apabila
hendak memasuki kawasan
tersebut hendaklah mencuci
muka di lopak
berhampiran Banir Kayu
Ara. Lopak tersebut
dikatakan tidak pernah
kering walaupun berlakunya
kemarau panjang. Akhirnya
lopak tersebut telah
menjadi sebuah perigi
untuk kegunaan harian
memasak dan minuman
dan adakalanya digunakan
untuk tujuan perubatan.
Kemudian bermulalah
penerokaan kawasan tersebut
dengan berleluasa. Pada
peringkat awal seramai
69 orang yang
giat menjalankan penerokaan
dan menubuhkan sebuah
jawatankuasa kampong pada
5 November 1979.
Pada
tanggal 19 April
1985 iaitu ketika Tuan
Yang Terutama Negeri
Sarawak membuat lawatan
ke Kampung Matang
Air, beliau dengan
rasminya menukarkan nama
Kampung Matang Air
kepada Kampung Telaga
Air sempena sejarah
lopak ( Telaga
) yang masih
kekal sehingga ke
hari ini sebagai
LOGO Kampung Telaga
Air.
Pada
Ogos 1985 iaitu
ketika Ketua Menteri
Sarawak, Datuk Patinggi
Tan Sri Haji
Abdul Taib Bin
Mahmud mengadakan lawatan
rasmi ke Kampung
Telaga Air, beliau
dengan rasminya mengistiharkan Kampung
Telaga Air sebagai
kampong contoh di
dalam negeri Sarawak
yang pertama kalinya.
Oleh
kerana keprihatinan yang
ditunjukkan oleh Yang
Amat Berhormat Perdana
Menteri serta Yang
Amat Berhormat Ketua
Menteri Sarawak mengenai
misi Program Pembangunan
Hala Cara Kampung
Contoh Kampung Telaga
Air maka semua
Jabatan kerajaan telah
diarahkan memberi keutamaan
agar program tersebut
berjaya dilaksanakan.
Oleh
itu, mesyuarat pertama
“ Task Force
“ telah diadakan
pada 5hb Januari 1998
dan mesyuarat pertama
Rural Growth Centre
(R.G.C ) yang
akan diadakan pada
28hb Januari 1998
bertempat di Santin Holiday Beach
Resort telah dihadiri
oleh 18 buah
agensi kerajaan yang
terlibat.
Pada
tahun 1991, atas
kesepakatan antara kerajaan
negeri Sarawak dan
kerajaan pusat dengan
rasminya nama kampung
Telaga Air bertukar
kepada Pusat Pertumbuhan
Desa Telaga Air
( PPD
Telaga Air )
dan Ahli Jawatankuasa
kampung ditukarkan sebagai
JKKK PPD Telaga
Air dibawah Pentadbiran
Pejabat Rasiden dan
Daerah Bahagian Kuching.
Bagi
mendapatkan maklumat lengkap
berkenaan pembangunan serta
perkembangan PPD Telaga
Air pada masa
tersebut, seorang Pegawai
telah dilantik menjadi
perantaraan di antara
penduduk PPD Telaga
Air dengan pihak
kerajaan. Pada masa
yang sama juga,
JKKK PPD Telaga
Air telah mendapat
khidmat sukarelawan dari
Jepun ( L.O.V.E
) bernama Encik
Yasukiro KAWAZOE.
Sumber : Profil Telaga Air